, , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

DRAPING

DRAPING

 ciri-ciri drapping - Pembuat pola atau pereka fesyen akan menggunakkan kaedah draping iaitu membentuk pakaian menggunakkan fabric muslin ( belacu ) keatas mannequin sebelum dipindahkan keatas kertas untuk melakar pola sebenar sebelum fabrik dipotong. Seperti fabrik yang keras, kaedah ini amat sesuai untuk dilembutkan dan mendapatkan jatuhan fabrik yang cantikdan menarik seperti rekaan yang telah dilakarkan.

Ini membolehkan pembuat pola dan pereka dapat melihat kesilapan dan vmasalah yang berlaku, ukuran serta menentukan kedudukan garisan asas dengan betul danmenepati rekaan asalnya. Mereka juga dapat melihat gambaran atau pandangan 3 demensi apabila dipakai oleh pemakai kelak. Oleh itu rekaan boleh diubah dan diperbaiki sehingga menepatio citarasa pereka sebeum pola asas dilakarkan.

Semua kerja-kerja melakar kedudukkan garisan mestilah dilakukan secara berhati-hati. Antara garisan asas yang tedapat dalam kaedah ini adalah seperti jarak basi, Garisan Tengah Hadapan dan Belakang, garisan Bahu, Lubang lengan, Lubang Butang, Garis Leher, Garis Dada, Garis Pinggang, Kedudukkan Lisu, garis Punggung serta Garis Rusuk kanan dan kiri. Apabila pereka berpuas hati dengan bentuk, kedudukkan ukuran serta kelonggaran, fabrik muslin ( belacu ) tersebut akan dibuka daripada mannequin kemudian garisan yang btelah dilukis akan dipindahkan keatas kertas untuk menyiapkan pakaian sebenar.

Selepas tanda-tanda pola dipindahkan keatas kertas, kerja yang dilakukan seterusnya adalah membetulkan lakaran pada kertas dengan mendraf ( membentuk ) lengkungan lubang lengan dengan betul dan lain-lain. Akhir sekali pola tersebut dilukis diatas kertas yang besar sebelum kepingannya dipotong.

Perkara atau istilah lain yang terlibat dalam kaedah draping adalah seperti ‘stayline’ ( kedudukkan garisan pada mannequin ), ‘draping line’ ( kedudukkan garisan pada fabrik ).

a) ‘Stayline’ ( kedudukkan garisan tetap pada mannequin )

• Garisan dada
• Rusuk kiri dan rusuk kanan
• Garis punggung
• Garis pinggang
• Lisu pemadan
• Garisan puteri
• Garisan tengah hadapan
• Garisan tengah belakang
• Lubang lengan
• Garis bahu

b) ‘Draping line’ ( kedudukkan garisan pada fabrik )

    Garisan yang terdapat pada ‘draping line’ adalah sama dengan garisan ‘stayline’ tetapi dalam ‘draping line’ terdapat penambahan lisu sama ada di bawah keruk lengan mahupun dari bahu ( sebagai garisan puteri ). Lisu ini dibentuk untuk menjadikan bahagian tersebut rata dimana tidak terdapat gelembung .

CIRI – CIRI PADA DRAPING

A) YOKES ( LAPIK )

    Didalam sesuatu rekaan, apa yang penting untuk mmenonjolkan rekaan tersebut adalah dengan memasukkan ‘yoke’. Lapik pada asasnya merupakan perkara atau bahagian yang penting dalam pakaian dan mempunyai pelbagai potongan dan bentuk. Lapik boleh digunakan dalam pakaian seperti dress, blouse, dan pakaian kait.

    Kebiasaanya bahagian yoke dijahit adalah bahagian hadapan sebagai perhiasan tambahan. Komnbinasi warna dan fabrik menjadikan bahagian yoke lebik menarik. Ia boleh dijahit pada baju kanak-kanak dan dijahit dibahagian hadapan.

B) PLEATS ( LIPATAN )

    Pleats ( lipatan ) digunakan untuk menambahkan kecantikkan dan perhiasan didalam pakaian. Ianya dilakukan secara menekan atau tanpa menekan. Terdapat beberapa jenis lipatan ( pleat ) seperti lipatan diterbalikkan, lipatan besar dan lipatan sisi. Kedalaman dan jarak ukuran lipatan bergantung kepada rekaan dan apa yang diingini oleh pereka. Lipatan biasanya dibuat berdasarkan kedudukan garis ira yang memanjang.

C) GATHERS ( KEDUTAN )

    Gathers atau kedutan bergantung kepada jarak fabrik dan jarak ukuran yang dikehendaki untuk ditambah pada pakaian sebagai perhiasan. Ia juga bergantung kepada jenis fabric yang digunakan dan jenis rekaan yang dilakarkan. Fabrik yang nipis dugunakan memerlukan banyak ganthers ( kedutan ) berbanding jika menggunakan fabric yang tebak dan berat


Dengan adanya informasi yang kami sajikan tentang  ciri-ciri drapping

, harapan kami semoga anda dapat terbantu dan menjadi sebuah rujukan anda. Atau juga anda bisa melihat referensi lain kami juga yang lain dimana tidak kalah bagusnya tentang Cara Memasang Benang pada Mesin Jahit 

. Sekian dan kami ucapkan terima kasih atas kunjungannya.

buka mesin jahit : https://dzullismail.wordpress.com/jahitan/draping/
baju jahit, batik, belajar, guru, indonesia, jahit, jogja, kaos, kebaya, konveksi, kursus, kursus menjahit, les, mesin jahit, obras, private, sekolah, terbaik, usaha, yogyakarta
DRAPING

0 komentar:

Post a Comment