Pita Ukur
Pita Ukur |
alatan sesuai digunakan untuk memindahkan tanda pola ke fabrik - Fungsi:
Digunakan untuk mengukur bahagian yang hendak digunting atau dijahit.
Gunting
Fungsi:
digunakan untuk menggunting fabrik sahaja.
Kapur Tukang Jahit
Digunakan untuk memindahkan tanda dan garisan pemadan daripada pola kepada fabrik.
Kertas Karbon Tukang Jahit
Fungsi:
Digunakan untuk memindahkan tanda pola, garisan dan motif ke fabrik dengan menggunakan roda surih.
Jarum Jahit Tangan
Fungsi:
Digunakan untuk menjahit semua jahitan tangan pada fabrik.
Penetas Jahitan
Fungsi:
Digunakan untuk menanggalkan benang.
Pembaris Lurus
Fungsi:
Mengukur dan menanda pola.
Roda Surih
Fungsi:
Memindahkan tanda pola ke fabrik.
Unit 5 Jahitan
Alatan dan bahan jahitan
Fungsi:
digunakan untuk menggunting kertas atau pola.
Fabrik
Kain yang diperbuat daripada benang yang ditenun dengan menggunakan mesin.
Bahan utama dalam menghasilkan artikel jahitan.
Benang
bahan yang digunakan untuk menjahit.mempunyai pelbagai warna
Jarum Peniti
menyemat pola pada fabrik
menetapkan kepingan fabrik sebelum menjahit
Gunting Fabrik
Gunting Kertas
Bahan Jahitan
Pola
ALAT-ALAT JAHITAN
A. ALAT MENGUKUR
i) Pita Ukur~ Digunakan untuk mengambil ukuran badan dan mengukur garisan lengkung pada pola. Boleh juga dijadikan ruler apabila merenggangkannya.
ii) Pembaris Meter
~ Digunakan untuk membuat garisan lurus pada pola atau untuk melakar pola di atas kain. Biasanya berukuran 100cm/1m.
iii) Sesiku L
~ Digunakan untuk membuat garisan bersudut tepat semasa membuat pola.
iv) Pembaris Lengkung
~ Digunakan untuk membuat garisan-garisan dileher, lengan dan cawat seluar.
B. ALAT MEMOTONG
i) Gunting
~ Gunting ada pelbagai jenis dan ukuran. Untuk jahitan, gunting berukuran 20-25cm digunakan untuk memotong fabrik. Gunting yang digunakan untuk memotong bahan-bahan yang berlainan hendaklah juga berlainan. Contohnya gunting yang digunakan untuk memotong fabrik tidak boleh digunakan untuk memotong kertas pola dan sebaliknya. Ini adalah untuk menmelihara ketajaman gunting-gunting tersebut.
a) Gunting Lubang Butang
~Direka untuk menebuk lubang butang dengan tepat mengikut ukuran yang dikehendaki. Panjang lubang butang dikawal oleh skru yang terdapat pada gunting ini. Panjang gunting ialah 6-8cm.
b) Gunting Bergerigi(pinking shears)
~ Mempunyai mata bergerigi berbentuk pucuk rebung. Ia digunakan untuk menggunting tepi fabrik dan menggelakkannya dari berjerumbai. Panjang gunting diantara 14-25cm. Lebih panjang mata, lebih tajam giginya.
c) Gunting Memotong Kelim dan Benang (machinist's Shears)
~ Gunting yang sesuai ialah yang panjangnya 15cm. Sebelum membeli gunting untuk kegunaan memotong kelim dan benang ini, elok diuji dengan memotong 2 lembar kain dahulu. Gunakan sepanjag-panjang mata. Jika benang-benang fabrik tidak terputus, ini bermakna gunting tersebut tidak bagus.
d) Cara menjaga guting
~ Selalu tutup mata gunting apabila tidak digunakan.
~ Elak gunting dari terkena api atau terjatuh ( mengelakkan gunting kehilangan kuasa magnet yang menyebabkan ia tumpul/patah)
~ Jangan gunakan gunting yang dikhaskan untuk menggunting fabrik untuk menggunting kertas kerana akan menyebabkan ianya tumpul.
~ Gunting perlu sentiasa kering dan diletakkan minyak pada sendinya untuk mengelakkan gunting dari berkarat.
e) Mesin Memotong
~ Digunakan untuk memotong fabrik yang berlapis-lapis setebal 10cm. Dijalankan dengan menggunakan kuasa elektrik dan selalunya digunakan di kilang-kilang.
f) Drill Fabrik
~ Digunakan untuk menebuk tanda-tanda imbangan pada fabrik yang banyak lapisnya. Menggunakan kuasa elektrik untuk menjalankannya.
g) Penetas (Ripper)
~ Terdapat dalam pelbagai saiz berukuran 8-16cm. Pemegangnya dibuat dari plastik dan matanya dri keluli. Pisaunya terletak diantara cokeng-cokeng dimana satu daripadanya tajam dihujung dan satu lagi bulat dihujung.
~ Penetas digunakan untuk membuka mata-mata jahitan dan menebuk lubang butang setelah dijahit mesin.
h) Penyepit fabrik
~ Alat ini digunakan untuk menyamakan tepi-tepi dan lipatan-lipatan fabrik apabila membuat persediaan sebelum memotong terutama untuk fabrik banyak lapisannya.
C. ALAT MENANDA
i) Kapur Tukang Jahit ( tailor chalk )
~ Digunakan untuk memindahkan tanda-tanda, cabang-cabangdan lain-lain garisan pola daripada kertas pola ke fabrik.Tanda-tanda boleh dihilangkan dengan mudah apabila mencuci pakaian.~ Boleh didapati dalam pelbagai warna iaitu putih, hitam, merah, biru dan kuning. Kapur ini berukuran 6cm terdapat dalam bentuk 3 segi atau 4 segi.
ii) Kapur tukang Jahit ( Tailor's Chalk )
~ Berukuran 6 cm dan berbentuk 4 segi.
~ Boleh menggantikan kapur untuk menandakan garisan-garisan pola.
~ Lilin boleh digunakan untuk mengukuhkan benang jika dilurut pada benang yang reput setelah dilurut diseterika supaya lilin melekat kukuh pada benang itu.
iii) Kertas Karbon ( Dressmaker's Carbon Papers )
~ Dijual dalam sampul yang mengandungi warna putih, kuning, merah, biru dan hijau.
~ Tanda-tanda di fabrik yg menggunakan kertas karbon akan hilang apabila dibasuh.
~ Gunakan warna kertas karbon yg paling dekat dengan warna fabrik.
~ Apabila menjahit fabrik yang nipis dan jarang, jangan tekan sangat roda surih kerana akan meninggalkan kesan pada fabrik.
iv) Pensel Penanda ( Tailor's Marking Pencil )
~ Pensel penanda boleh digunakan sebagai ganti kapur tukang jahit atau kertas karbon.
~ Boleh didapati dalam warna putih, merah jambu ( samar ) dan biru muda.
v) Roda Surih ( Tracing Wheels )
~ Boleh didapati dalam 3 bentuk.
~ Mempunyai mata seperti duri digunakan untuk fabrik-fabrik yg tebal, mata seperti bergerigi untuk fabrik-fabrik nipis dan yg licin boleh digunakan untuk semua jenis fabrik.
~ Digunakan bersama-sama kertas karbon untuk menanda garisan-garisan pola pada selapisan fabrik atau lebih.
~ Roda surih hendaklah diperbuat daripada keluli.
buka mesin jahit : http://yatietatie87.blogspot.com/2011/12/alat-alat-jahitan.html
Dengan adanya informasi yang kami sajikan tentang alatan sesuai digunakan untuk memindahkan tanda pola ke fabrik
, harapan kami semoga anda dapat terbantu dan menjadi sebuah rujukan anda. Atau juga anda bisa melihat referensi lain kami juga yang lain dimana tidak kalah bagusnya tentang Tekstur
. Sekian dan kami ucapkan terima kasih atas kunjungannya.
0 komentar:
Post a Comment