Mengenali Alatan Jahitan
![]() |
Mengenali Alatan Jahitan |
alatan jahitan dan fungsinya - Murid-murid, marilah kita meneruskan pembelajaran kita. Dalam tajuk ini, kita akan berkenal-kenalan dengan alatan jahitan. Adakah anda pernah menggunakan alatan jahitan? Atau anda tidak pernah melihat alatan jahitan pun?
Marilah kita bersama-sama berkenalan dengan alatan jahitan serta fungsinya sebelum kita mula menjahit!
Marilah kita berkenal-kenalan dengan keluarga alatan mengukur.
1. Alatan Mengukur

Wahai kawan-kawanku! Adakah anda berkenalan dengan saya? Kalau tidak tahu, tak apa. Tapi, anda pasti rapat dengan anak saya kan?
Mari saya memperkenalkan diri saya. Nama saya pembaris lurus, bapa kepada pembaris pendek yang biasa anda gunakan.
Memandangkan anda sudah biasa bermain dan menggunakan anak saya, jadi anda pasti tahu kegunaan saya kan?
Ya, pandainya! Kegunaan saya adalah untuk mengukur! Saya boleh mengukur dan menanda pola.
Murid-murid, boleh cuba teka siapakah saya?
Saya juga tergolong dalam keluarga alatan mengukur. Jadi, boleh cuba nyatakan kegunaan saya?

Ya, betul! Kegunaan saya adalah untuk mengukur fabrik atau mengambil ukuran badan.
Dah tahu siapakah saya?
Ya, saya pita ukur, saya anak perempuan kepada pembaris lurus, sebab badan saya langsing dan boleh dilentur-lenturkan!
Baik, nampaknya anda sudah mengenali alatan mengukur serta fungsinya. Sekarang mari kita berkenalan dengan alatan menanda pula.
2. Alatan Menanda

Murid-murid, Adakah ada pernah tengok saya? Rasanya tidak kan?
Saya roda surih. Agak-agaknya saya digunakan untuk buat apa?
Ya, betul! Saya digunakan untuk memindahkan tanda pola ke fabrik.

Anda mesti pernah lihat saya kalau anda pernah pergi kedai tukang jahit kan? Boleh cuba fikirkan kegunaan saya?
Ya, bijaknya! Saya digunakan untuk membuat tanda pada fabrik.
kapur-jahit
Murid-murid, adakah anda sudah faham apa itu menanda? Baik, nampaknya anda sudah mengetahui alatan menanda serta kegunaannya kan? Seterusnya, mari kita berkenalan dengan alatan menggunting pula.
3. Alatan Menggunting

Saya rasa anda pasti tahu apa maksud menggunting kan? Jadi, anda mesti tahu cara untuk menggunting. Mari kita mengenali alatan menggunting dalam bidang jahitan.
Hai murid-murid, saya gunting kertas.
Adakah anda mengenali saya?
Saya pasti anda mesti pernah menggunakan saya kan? Jadi, kamu pasti tahu kegunaan saya kan? ^^
Ya, betul! Kegunaan saya adalah untuk menggunting kertas.
Hai murid-murid.
Adakah anda tahu siapakah saya?
Saya gunting fabrik, iaitu abang kepada gunting kertas.

Saya dapat membantu anda untuk menggunting fabrik. Adakah anda ingin cuba menggunakan saya?
Anda boleh cuba menggunakan saya dan adik saya, tetapi, anda mesti berhati-hati semasa menggunakan kita, tau?
Murid-murid, alatan-alatan menggunting senang diingat kan? Cikgu rasa anda pasti sudah mahir menggunakan alatan menggunting kan?
Sekarang, kita akan menyambung pembelajaran kita untuk mengenali alatan menyemat.
4. Alatan Menyemat

Tapi saya bukan gula-gula. ^^ Saya merupakan jarum peniti.
Tahukah kegunaan saya? Ya, saya biasa digunakan untuk :-
menyemat pola pada fabrik; dan
menetapkan kepingan fabrik sebelum menjahit.
Murid-murid, jika anda sudah mengenali alatan menyemat serta cara menggunakannya, mari kita menerokai alatan menjahit pula.
5. Alatan Menjahit

Ya, betul! Saya jarum jahit tangan dan biasa digunakan untuk menjahit fabrik.
Anda mesti berhati-hati apabila menggunakan saya tau?
Murid-murid, sudahkah anda tahu menggunakan alatan menjahit? Kalau sudah, mari kita berkenalan dengan alatan lain yang biasa digunakan ketika menjahit.
6. Alatan Lain

Murid-murid, saya mirip dengan jarum jahit tangan kan? Tapi saya bukan jarum jahit tangan.
Tahukah siapa saya? Anda juga boleh cuba teka kegunaan saya.
Kalau tak dapat teka, tak apa…
Mari saya memperkenalkan diri saya. Saya merupakan peretas jahitan.
Kegunaan saya adalah untuk meretas dan menanggalkan mata jahitan.
Hai, murid-murid. Saya kertas karbon tukang jahit. Bolehkah anda cuba menyatakan kegunaan saya?
Ya, betul! Saya digunakan untuk memindahkan tanda pola garisan dan motif ke fabrik dengan menggunakan roda surih.

Murid-murid, adakah anda sudah berkenal-kenalan dengan ALATAN JAHITAN? Boleh cuba nyatakan 8 alatan jahitan serta fungsinya?
Kalau belum, sila tekan anak panah di sebelah kanan untuk mengulangi pembelajaran mengenai alatan jahitan.
Kalau sudah, tahniah! tepuk kepada diri anda. ^^
buka mesin jahit : http://jtppismp.com/jtpwp011/5382rbt/alatan-dan-bahan-jahitan/mengenali-alatan-jahitan/
Dengan adanya informasi yang kami sajikan tentang alatan jahitan dan fungsinya
, harapan kami semoga anda dapat terbantu dan menjadi sebuah rujukan anda. Atau juga anda bisa melihat referensi lain kami juga yang lain dimana tidak kalah bagusnya tentang Pengertian Kerajinan Limbah Tekstil, Desain dengan Berbagai Teknik Konduksinya.
. Sekian dan kami ucapkan terima kasih atas kunjungannya.
0 komentar:
Post a Comment