Definisi Sistem Pemasaran
Definisi Sistem Pemasaran |
Pemasaran adalah satu proses yang menyatukan (brings together) kemampuan
sebuah organisasi dengan permintaan-permintaan pelanggan atau pengguna.
Biasanya mementingkan proses perhubungan dengan pelanggan dan mempunyai
kesan terhadap setiap aspek organisasi dari pemasaran kepada produk sokongan
selepas jualan. Proses ini boleh diringkas dengan merujuk kepada Tigasegi
Pemasaran (Services Triangle) seperti berikut:
Hubungan utama:
1. Menghubungkan strategi pemasaran kepada pelanggan;
2. Menghubungkan strategi pemasaran kepada prousen
3. Memastikan strategi pemasaran consistent dengan sistem operasi;
4 Memastikan sistem operasi memudahkan pelanggan;
5. Memastikan sistem operasi tidak menjadi halangan kepada usaha-usaha
pemasaran terhadap para pelanggan, dan
6. Memaksimakan interaksi kualitas antara pelanggan dengan produsen
Tujuan Pemasaran
Teknik-teknik pemasaran sektor swasta kini didapati telah bertambah penting
kegunaannya dalam membantu mencapai tujuan-tujuan berikut:
• Untuk menjelaskan strategi dan dasar-dasar korporat yaitu bagi menyokong
proses pengurusan strategi.
• Untuk memastikan program dan perkhidmatan memenuhi pelbagai permintaan
orang ramai (iaitu perancangan perkhidmatan sokongan dan pemberian
perkhidmatan); dan
• Untuk meningkatkan kesadaran banyak orang mengenai pemasaran yang
disediakan yiaitu pemasaran bagi menentukan organisasi terus mapan
(sustainable).
Aspek-Aspek Penting dalam Pemasaran
Aspek-aspek dalam aktiviti pemasaran yang biasanya menjadi perhatian di dalam
pemasaran sektor swasta yang sesuai diadaptasikan ke dalam pemasaran adalah
sebagai berikut:
• Pembangunan Strategi: Untuk membantu proses penentuan objektif, matlamat
dan sumber-sumber serta aktivitas yang diperlukan demi memenuhi objektifobjektif
organisasi (Analisis Pasaran atau Market Analysis);
• Pembangunan Pemasaran: Untuk menjamin bahawa peemasaran organisasi
dibangunkan dan diperbaikki selaras dengan kehendak pelanggan berubahubah
(Pembangunan Produk atau Product Development);
• Penyelidikan Pelanggan: Untuk mengenal pasti kesadaran pelanggan terhadap
pemasaran yang diberi termasuk sikap, penggunaan dan tahap kepuasan
dengan pemasaran ini dan keperluan pada masa depan (Penyelidikan Pasaran
atau Market Research);
• Komponen-komponen Penggalakan: Untuk meningkatkan kesadaran
masyarakat mengenai produk-produk yang disediakan melalui berbagai teknik
penggalakkan (Promosi atau Promotion);
• Pembentukan Image Korporat: Untuk meningkatkan pengiktirafan pelanggan
terhadap peranan organisasi di dalam memperbaikki kualiti hidup dan juga
untuk mengujudkan imej sebagai penyedia perkhidmatan yang konsisten
(Hubungan masyarakat atau Public Relations), dan
• Latihan tenaga kerja: Untuk meningkatkan pemahaman tenaga kerja mengenai
perhatian kepada pelanggan (customer-orientation) dan cara-cara
bagaimanana produk dapat dirancang, dibangun dan dipromosikan secara
teratur dan berkesan.
Kunci utama di dalam semua aspek yang digariskan di atas adalah bagaimana
pasaran dapat digunakan oleh organisasi dalam merancang, membentuk danmenyediakan produk. Proses ini memerlukan analisis terperinci mengenai sifat
sebuah organisasi dan pasarannya dalam perspektif yang lebih luas. Penting bagi
menentukan struktur yang optimal dan peraturan serta prosedur yang sesuai.
Pengurusan strategi ini akan menyediakan framework di mana organisasi
berupaya menyesuaikan diri kepada pasaran yang lebih luas. Belakangan ini
didapati falsafah pemikiran secara strategii ini telah berubah dari memberi
perhatian kepada perbelanjaan dan kawalan semata-mata kepada perancangan dan
forecasting bersifat jangka panjang. Selain itu, saat ini penekanan dalam
pemikiran strategi adalah ke arah memahami kehendak-kehendak konsumen ,
inovasi dan organisasi pembelajaran (learning organisation).
0 komentar:
Post a Comment