Apa itu Peasant Blouse?
cara jait - Peasant blouse (blaus desa) merujuk kepada blaus longgar yang bahagian lehernya bertali cerut dan biasanya berlengan gelembung pendek.Peasant blouse pada asalnya dipakai oleh wanita gipsi dan popular pada 1920-an dan akhir 1960-an dan kini masih banyak digunakan untuk pakaian bayi, kanak-kanak dan wanita.Remaja perempuan dan wanita muda meminatinya kerana ia menimbulkan imej santai dan riang yang kelihatan sesuai dengan budaya popular pada masa itu.
Dalam erti kata mudah, peasant blouse ialah sejenis baju yang diilhamkan oleh pakaian komuniti petani tradisional Eropah, dengan lengan gelembung dan garis leher persegi.
Lengan gelembung merujuk kepada lengan padanan sama ada pendek atau panjang yang bergelembung di kepala lengan, hujung lengan dengan kedut lepas atau dilisu.
Secara tradisinya , blaus desa sebegini dibuat daripada kain kapas putih dengan lengan yang bergelembung.
Namun, reka bentuk asas baju peasant blouse berkembang secara beransur-ansur dan sering menampilkan sulaman halus di sepanjang kolar dan lengan. Pelbagai motif daripada corak geometri sehinggalah gulungan bunga-bungaan menjadikan blaus desa peasant blouse satu karya seni.
Belajar menjahit peasant blouse mungkin kelihatan susah, tetapi sebenarnya inilah salah satu fesyen baju yang sangat mudah dijahit. Sesuai dipakai wanita dan baby girl.
Bagi rakan-rakan yang baru berjinak-jinak dalam bidang jahitan, boleh gunakan tutorial bergambar di bawah untuk belajar cara jahit baju peasant blouse dahulu.
Bila sudah faham asasnya, bolehlah buat design ikut kreativiti masing-masing nanti. Bagi yang ada anak perempuan, bolehlah pakai sedondon nanti.
Baca slow-slow sampai habis tutorial langkah demi langkah cara jahit peasant blouse ni. Yang penting, anda dapat ikut langkah-langkah yang ditunjukkan.
Cara Jahit Baju Peasant Blouse
Dua helai peasant blouse di bawah menggunakan asas yang sama. Lubang leher Baju A dijahit lebih besar dari lubang leher Baju B.
Lengannya boleh dibuat kembang atau lengan biasa. Panjang lengan juga adalah mengikut kehendak individu. Bahagian pinggang Baju A dibiarkan lurus. Manakala, bahagian pinggang Baju B dijahit sedikit di bahagian tepi menggunakan benang getah.
Melukis Pola Baju Peasant Blouse
Sediakan surat khabar lama atau kertas minyak untuk melukis pola. Lukis guna pensel. Lukisan di dalam gambar dilukis guna marker untuk tujuan pembelajaran.
Pola Badan
• Ukur keliling dada dan punggung. Tengok ukuran mana lebih besar. Kemudian, tambah ukuran mengikut kelonggaran yang dikehendaki. Lebihkan ukuran kelonggaran jika nak baju yang lebih kembang.
CONTOH: Antara ukuran dada dan punggung, ukuran punggung lebih besar. Jadi, ukuran punggung akan digunakan. Ukuran punggung 39 inci, ditambah kelonggaran 5 inci.
Jadi, ukurannya 44 inci. Bahagi ukuran ini dengan empat. 44 inci/4 = 11 inci.
• Ukur labuh baju yang dikehendaki. Ukur dari bahu ke bawah sehingga paras labuh yang dikehendaki. Contohnya 27 inci.
• Jadi, petak empat segi bertulis POLA BADAN berukuran 27 inci panjang dan 11 inci lebar.
Pola Lengan
• Ukur keliling ketiak dan tambah kelonggaran. Nak lengan makin kembang, lebihkan ukuran kelonggaran. Kemudian, bahagi dua.
CONTOH: keliling ketiak 12 inci. Tambah kelonggaran 6 inci. 12 inci + 6 inci = 18 inci. 18 inci/2 = 9 inci.
• Ukur labuh lengan yang dikehendaki. Misalnya 22 inci. Lebihkan panjang lengan. Anda boleh memotongnya kemudian mengikut panjang yang dikehendaki.
• Jadi, petak empat segi bertulis POLA LENGAN berukuran 22 inci panjang dan 9 inci lebar.
Ukuran Pola Badan Peasant Blouse
• Ukur lebar bahu. Kemudian, bahagi dua. CONTOH: 15 inci/2 = 7.5 inci.
• Ukur 7.5 inci dari Titik A. Ditandakan dengan Titik B seperti dalam gambar.
• Dari Titik B, ukur 9 inci mencecah mana-mana bahagian pada garisan menegak. Ditandakan dengan Titik C. 9 inci adalah ukuran lebar Pola Lengan yang telah dikira sebelum ini.
• Lukis bentuk lengkung pada garisan tersebut. Lebihkan lengkung di bahagian bawah seperti ditunjukkan di dalam gambar. Kalau tiada pembaris lengkung, lakar guna tangan pun boleh. Cukup sekadarnya, tidak perlu lengkung yang cantik sempurna. Kalau untuk baju budak-budak, lengkung ni tak lukis pun tak ada masalah, biarkan lurus.
• Gunting di sekeliling pola badan dan pola lengan.
Ini pola yang telah digunting. Penjuru kotak empat segi Pola Lengan perlu berbentuk sama seperti penjuru Pola Badan.
Ukuran Pola Lengan Peasant Blouse
Ambil Pola Badan dan letakkan di atas Pola Lengan pada bahagian penjurunya. Lukis lengkung yang sama mengikut bentuk Pola Badan. Lukis garisan lurus yang sama jika lengkung tidak dilukis.
Gunting pola lengan mengikut lukisan lengkung tersebut.
Pola yang telah siap digunting.
Pindahkan Ukuran Pola Badan Peasant Blouse Di Kain
Seterusnya, kita akan menggunting kain menggunakan dua pola tersebut. Lipat kain kepada dua bahagian dan letakkan pola badan selari dengan bahagian lipatan kain. Seperti ditunjukkan di dalam gambar. Pinkan guna jarum peniti dan tanda 1/2 inci melebihi pola menggunakan kapur.
Gunting di sekelilingnya. Inilah hasilnya apabila kain telah siap dipotong.
Apabila pola ditanggalkan dan kain dibuka, kain tersebut akan kelihatan begini.
Potong sekeping lagi kain untuk bahagian badan dengan mengulangi langkah yang sama.
Hasilnya, inilah dua keping kain untuk bahagian badan.
Pindahkan Ukuran Pola Lengan Peasant Blouse Di Kain
Kaedah yang sama digunakan untuk memotong bahagian lengan. Lipat kain kepada dua bahagian dan letakkan pola lengan selari dengan bahagian lipatan kain. Seperti ditunjukkan di dalam gambar. Pinkan guna jarum peniti dan tanda 1/2 inci melebihi pola menggunakan kapur.
Gunting di sekelilingnya. Inilah hasilnya apabila kain telah siap dipotong.
Apabila pola ditanggalkan dan kain dibuka, kain tersebut akan kelihatanseperti dalam gambar berikut.
Potong sekeping lagi kain untuk bahagian lengan dengan mengulang langkah yang sama.
Hasilnya, inilah dua keping kain untuk bahagian lengan.
Kain yang telah siap digunting.
Mencantum Kain Peasant Blouse Di Kain
Seterusnya kita akan mula mencantum kain. Cantumkan bahagian lubang lengan. Sebelum mencantum, pastikan dulu mana bahagian dalam dan mana bahagian luar kain.
Cantum dari dalam. Pinkan menggunakan jarum peniti, kemudian jahit. Garisan lengkung merah dicantumkan bersama-sama. Garisan lengkung kuning dicantumkan bersama-sama.
Cantumkan pula dengan satu lagi bahagian badan. Garisan lengkung hijau dicantumkan bersama-sama. Garisan lengkung oren dicantumkan bersama-sama.
Seterusnya, kita akan mencantum pula bahagian tepi baju. Untuk mencantum bahagian tepi baju, samakan bahagian ketiak terlebih dahulu dan pinkan.
Jahit bermula dari atas sehingga ke bawah seperti ditunjukkan dengan garisan merah.
Kemudian jahit dengan menintih jahitan yang telah dibuat pada garisan merah sehingga ke hujung lengan seperti ditunjukkan dengan garisan hijau. Ulang langkah yang sama pada bahagian sebelah lagi.
Jahit Lubang Leher Peasant Blouse
Seterusnya, jahit lubang leher. Getah akan digunakan untuk membuat lubang leher.
Pinkan getah pada pin keselamatan seperti ditunjukkan di dalam gambar. Ukuran keliling leher adalah mengikut kehendak anda.
Jadi, lipat bahagian atas leher baju dengan jarak jahitan lebih besar dari ukuran lebar getah supaya getah boleh dimasukkan menerusi lubang yang dijahit.
Lihat bulatan merah di dalam gambar. Bagi mengelakkan getah tersekat ketika dimasukkan melalui bahagian ini, langkau jahitan pada semua bahagian tersebut. Masukkan getah pada keseluruhan leher. Cantumkan getah. Selepas itu barulah tutup jahitan pada semua bahagian tersebut.
Leher baju telah siap.
Kemasan Akhir Peasant Blouse
Jahit bahagian lengan sama seperti menjahit leher. Kemudian, lipat dan jahit bahagian bawah baju.
Peasant Blouse dah pun siap. Sekarang anda boleh pakai peasant blouse anda sendiri.
Apa itu Peasant Blouse? |
Dengan adanya informasi yang kami sajikan tentang cara jait
, harapan kami semoga anda dapat terbantu dan menjadi sebuah rujukan anda. Atau juga anda bisa melihat referensi lain kami juga yang lain dimana tidak kalah bagusnya tentang CARI BAHAN SERAGAM DI TANAH ABANG
. Sekian dan kami ucapkan terima kasih atas kunjungannya.
buka mesin jahit : http://www.jomstadi.com/2015/08/08/cara-jahit-baju-peasant-blouse-sendiri/
0 komentar:
Post a Comment