, , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Kelas Belajar Teknik Sulam Benang Motif Bungaan 04.


Kelas Belajar Teknik Sulam Benang Motif Bungaan 04.

baju jahit, batik, belajar, guru, indonesia, jahit, jogja, kaos, kebaya, konveksi, kursus, kursus menjahit, les, mesin jahit, obras, private, sekolah, terbaik, usaha, yogyakarta
 Kelas Belajar Teknik Sulam Benang Motif Bungaan 04.
belajar sulam benang - Semakin banyak teknik bunga sulam benang dipelajari, semakin cantik dan halus hasil sulaman dengan penggunaan warna yang banyak. Penukaran benang inilah yang merumitkan kerja-kerja sulaman. Jadi jom belajar teknik sulam benang motif bungaan 04 seperti bunga carnation, rose glean, bunga raya dan teknik bunga kemuning.

Dalam menghasilkan teknik sulam benang bunga raya, penggunaan benang yang mempunyai tiga ataupun 4 warna tidak sesuai digunakan kerana ia melibatkan penggunaan warna benang yang mempunyai satu warna sahaja. Ini kerana teknik bunga raya memerlukan anda menukar benang pada setiap lapisan yang terhasil bukannya menggunakan warna yang sama.

4 Modul Belajar Teknik Sulam Benang Motif Bungaan 04.

Walaupun begitu, jika anda ingin menghasilkan bunga Carnation ia boleh menggunakan benang yang bewarna – warni kerana teknik bunga ini menggunakan satu warna sahaja. Sekiranya anda menggunakan benang yang mempunyai warna yang banyak ia lebih menarik kerana terdapat tona warna yang berlainan dalam satu-satu kuntum bunga carnation yang dihasilkan.

Begitu juga dengan teknik bunga kemuning lebih cantik jika dihasilkan dengan menggunakan benang yang bewarna-warni dan ia lebih menjimatkan masa untuk menghasilkannya.
84
Peserta Berdaftar

Uji-Minda-Kuiz

Ambil kuiz yang disediakan di dalam platform belajar teknik sulam benang ini. Uji kefahaman anda tentang topik yang dipelajari.

Dapatkan-Sijil

Dapatkan sijil pencapaian untuk kelas belajar teknik sulam benang ini. Kesemuanya dapat dicetak dan tersedia di dalam platform keahlian anda.

Kumpul-Points

Kumpul points di dalam platform. Points diberikan untuk setiap aktiviti anda sewaktu anda belajar teknik sulam benang motif bungaan ini.

Tebus-Points

Tebus point terkumpul anda dengan pelbagai bonus menarik di dalam paltform. Bonus didatangkan dalam bentuk produk digital mahupun produk fizikal.
Koleksi Teknik Sulam Benang Yang Dihimpunkan Di Dalam Kelas Ini.

Thumbnail Belajar Teknik Sulam Benang Bunga Carnation
Belajar Teknik Sulam Benang Bunga Carnation.
Thumbnail Belajar Teknik Sulam Benang Bunga Carnation
bersama Syahida Ramli.

Belajar menyulam teknik sulaman benang bunga carnation secara langkah demi langkah bersama pengajar anda. Teknik sulam benang bunga carnation sangat diminati oleh penyulam yang inginkan hasil sulam tangan yang mewah. Ini kerana kelopak bunga carnation ini dihasilkan berlapis-lapis dan cantik.

Thumbnail Belajar Teknik Sulam Benang Ros Glean
Belajar Teknik Sulam Benang Ros Glean.
Thumbnail Belajar Teknik Sulam Benang Ros Glean
bersama Syahida Ramli.

Hasilkan rekaan teknik sulaman benang ros glean yang sempurna. Teknik sulam benang rose glean ini sesuai dihasilkan pada busana kerana ia menyamai saiz kristal yang bersaiz 8-12 mm. Jika ia dihasilkan pada hijab ia sangat menonjol kerana saiznya yang besar.

Thumbnail Kelas Belajar Teknik Sulam Benang Bunga Raya
Belajar Teknik Sulam Benang Bunga Raya.
Thumbnail Kelas Belajar Teknik Sulam Benang Bunga Raya
bersama Syahida Ramli.

Teknik sulam benang bunga raya ini amat menarik untuk dihasilkan. Ia satu teknik yang unik dicipta. Walaupun menggunakan teknik bullion ia tetap nampak sedikit berlainan kerana mempunyai sesunggut yang jelas membezakan teknik sulam benang bunga raya ini dengan teknik-teknik yang lain.

Thumbnail Belajar Teknik Sulam Benang Bunga Kemuning
Belajar Teknik Sulam Benang Bunga Kemuning.
Thumbnail Belajar Teknik Sulam Benang Bunga Kemuning
bersama Syahida Ramli.

Teknik sulaman ini mudah dihasilkan dan nampak unik. Teknik sulam benang bunga kemuning ini satu teknik yang tidak hanya menggunakan bullion sebaliknya ia adalah teknik yang kompleks. Ia menggunakan teknik french knot, bullion dan juga teknik gandaan lilit ubi. Jadi, jangan lepaskan peluang belajar teknik sulam benang motif bungaan ini


Dengan adanya informasi yang kami sajikan tentang  belajar sulam benang

, harapan kami semoga anda dapat terbantu dan menjadi sebuah rujukan anda. Atau juga anda bisa melihat referensi lain kami juga yang lain dimana tidak kalah bagusnya tentang keterangan ukuran baju 

. Sekian dan kami ucapkan terima kasih atas kunjungannya.

buka mesin jahit :https://akademi2u.com/courses/belajar-teknik-sulam-benang-motif-bungaan-04/

0 komentar:

Post a Comment