Pola Mudah Kain Kembang Payung Syira
Pola Mudah Kain Kembang Payung Syira |
cara membuat pola payung - Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum..
Pola Mudah Kain Kembang Payung Syira . Ada pelanggan maya yang menempah Pola Kain Kembang Payung Jojet Depan dan Belakang. Pertama kali dengar syira pelik juga. Bilalah ada kain macam ni yea. Lalu pada guru dirujuk. Kata cikgu, itu kain kembang payung. Cuba semak balik, maybe dia salah cakap kot. Lalu syira cakap, syira sudah tanyanya, adakah kain payung? katanya yea kot. Lalu cikgu cakap rujuk sahaja nota Kain Payung yang cikgu ajar tu.
Tapi selepas tidak lama, setelah Pola di pos, syira rasa beliau mahu Skirt Kembang Payung Kot. Lalu, syira pun terus buat entri ini supaya dapat dijadikan panduan kepadanya nanti. Rasa tidak sedap hati mula menerjah diri jika gagal melayan pelanggan dengan baik. Biasanya kalau depan mata, memang mudah, suruh lukis ke, imejkan macam mana, bila maya ni, kadang-kadang bahasa lain, panggilan lain-lain, endingnya sama.
Sebelum teruskan bacaan ini, ada baiknya anda semak dahulu :
1. Senarai Ukuran Badan Untuk Jahit Baju
2. Langkah Demi Langkah Catat Ukuran Badan
Semua ini tidak lain tidak bukan untuk memudahkan anda memahami pola yang syira lukis. Segala pergiraan yang digunakan adalah hasil yang telah di bahagikan. Kiraan lukisan dalam ukuran CM, namun ketika melukis pola di atas kain tukarkannya kepada ukuran INCI.
Pola Kain Kembang Payung Syira
Pola Berlukis Kain Kembang Payung
Pola Berlukis Kain Kembang Payung
Lukis Pola Kembang Payung
1. Basic asas, di atas kertas, syira akan buat huruf L besar dalam keadaan terbalik.
2. Kemudian barulah mula masukkan ukuran
3. Ukuran yang digunakan sudah di kira sekali dengan basi asas
4. Mula tandakan dengan ukuran pinggang {AB}, jika masuk masukkan dart, maka tambahkan 1CM didalamnya
5. Labuh punggung {AC} : 8Cm untuk anak dara dan 9CM untuk wanita berkahwin
6. Lebar punggung {CD} : Jika guna pinggang getah, guna lebar punggung sama dengan ukuran pinggang. Jika guna getah dan pengeras, gunakan size ukuran punggung yang anda telah kira.
7. Labuh kain {AE}
8. Tandakan point F dengan labuh kain bahagi dua.
9. Gariskan point G , dimana DG = CF dan CD = FG
10. Luas Kain {GH} : Luas punggung + 5Cm @ Ikut kembang yang dimahukan.
11. Daripada Point H naikkan 1Cm keatas dan bentukkan , hasilkan Point I
12. Akhirnya sambungkan Point BDGI
13. Siap.
Kemudian barulah anda buatkan dartnya.
1. Dari tepi ukuran pinggang ukur 31/2cm
2. Buatkan garis panjang menegak sepanjang 4cm
3. Berikan lebar dart 1/2cm di bahagian kiri dan 1/2cm di bahagian kanan
4. Gariskan dart anda.
Penggunaannya :
1. Gunakan pola yang sama untuk hadapan dan belakang
2. Bezanya pola depan perlukan sekeping pola. Seperti gambar di bawah.
3. Pola belakang di belah menjadi dua keping.
Cara Gunting Kain Payung
1. Untuk pola depan, lipatkan kain menjadi dua dan tekapkan pola, pola di rapatkan di tepi kain, jika ada dart, berikan jarak 1cm pola daripada tepi kain. Berikan 1/2cm basi dan potong
2. Untuk pola belakang, lipatkan kain menjadi dua, tekapkan pola, pola di rapatkan di tepi kain, jika ada dart, berikan jarak 1cm pola daripada tepi kain. Kemudian guntingkan pola tadi supaya menjadi dua bahagian, masukkan basi 1/2cm dan potong,
Semoga Panduan Pola Mudah Kain Kembang Payung Syira dapat memberi manfaat kepada yang memerlukanya.
Dengan adanya informasi yang kami sajikan tentang cara membuat pola payung
, harapan kami semoga anda dapat terbantu dan menjadi sebuah rujukan anda. Atau juga anda bisa
melihat referensi lain kami juga yang lain dimana tidak kalah bagusnya tentang Cara Membuat Kerajinan Tangan dari Barang Bekas Kardus
. Sekian dan kami ucapkan terima kasih atas kunjungannya.
buka mesin jahit : http://www.syiraqahira.com/2013/06/pola-mudah-kain-kembang-payung-syira.html
0 komentar:
Post a Comment