blog pola baju
blog pola baju |
blog pola baju-pola baju kurung riau kali ni saya nak kongsi cara melukis pola baju kurung riau. saya tak tahu sangat cara yang khusus untuk ukur pola baju kurung riau. terutamanya untuk bahagian pesak dan kekek. saya juga tak berapa pasti potongan dibawah lengan tu disebut kekek atau termasuk dalam pesak juga. jadi minta maaf banyak2 (kepada yang memang pakar dalam hal ini) kalau saya buat kesilapan meletakkan nama2 setiap bahagian baju kurung riau ini. ukuran yang saya buat ini, saya agak2 je dan mengikut ukuran baju saya iaitu saiz s. kepada yang bukan bersaiz s, bolehlah tambah ukuran di mana2 bahagian yang sepatutnya ye. mula2 ambil ukuran badan sendiri. saya guna cm untuk semua ukuran dan gambarajah di bawah ni, ukuran baju saya (saiz s). mulakan lukis labuh baju bahu turun bahu (untuk mendapatkan ukuran turun bahu, ukur pita dari bahu ke puncak dada) panjang lengan bukaan tangan sambung terus dibukaan tangan tadi buat kekek (ini bahagian yang saya kurang pasti namanya, memandangkan ianya di atas macam kekek baju kurung biasa, jadi saya sebut kekek jugalah. kalau salah, tolong betulkan ye). bahagian pesak. ukuran dibahagian ini terpulang pada anda. ada yang suka kembang ada juga yang tak suka. terpulanglah tapi setahu saya kurung riau memang bahagian bawah agak kembanglah. ' sambung terus kebahagian pinggang. ukuran pinggang ikut suka masing2. ok, pola pun sudah siap. ' potong pola yang sudah siap tadi ini hasilnya yang sudah di gunting tadi a)badan b)lengan c)kekek (bahagian yang saya tak pasti namanya!) d)pesak
ok sekarang saya tunjuk cara menggunting pula. mula2 lipat 2 kain macam dalam gambar ini (ikut ira kain) dan lipat lagi macam ini kemudian letak pola untuk bahagian badan tadi. garis untuk basi jahitan. untuk tepi saya selalu guna 1.5cm dan bawah baju pula 3cm. bolehlah guntingkan lepas tu untuk ambil bahagian tangan pula, ulangan proses macam tadi. lipat 2 kain macam ni. dan lipat lagi macam ni kemudian letak pola bahagian lengan. tandakan basi jahitan tepi (1.5cm dan bawah tangan 3cm). lepas tu guntingkan bahagian ini. ok sekarang untuk ambil bahagian pesak, lipat 2 juga lipat lagi sekali letak pola pesak macam ini. tandakan basi jahitan dan bawah pesak.guntinglah ikut tanda garisan yang dibuat tadi. tanda 3bulatan kecil yang saya lukis di kertas pola tu, tanda kain tak putus. maksudnya lipatan kain yang bersambung gitu. ohhh...minta maaflah kalau kawan2 keliru dengan penerangan saya ini. harap2 tu fahamlah ye. ini pula untuk bahagian kekek @ bahagian yang saya tak pasti namanya tu. lipat 2 dan lipat sekali lagi macam ni letak pola dan buat basi jahitan. ini pula untuk pola leher. lipat 2 dan gunting. ok, inilah bahagian baju kurung riau yang siap digunting. harap2 entry ini dapat membantu kawan2 yang nak belajar menjahit baju kurung riau.
Dengan adanya informasi yang kami sajikan tentang blog pola baju
, harapan kami semoga anda dapat terbantu dan menjadi sebuah rujukan anda. Atau juga anda bisa melihat referensi lain kami juga yang lain dimana tidak kalah bagusnya tentang Alat Jahit dan Penggunaannya
. Sekian dan kami ucapkan terima kasih atas kunjungannya.
0 komentar:
Post a Comment