, , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

1000 Tips Penjagaan Bayi, Tips Ibu Mengandung, Tips Inngin Hamil, Tips Penjagaan Anak, Tips Wanita

1000 Tips Penjagaan Bayi, Tips Ibu Mengandung, Tips Inngin Hamil, Tips Penjagaan Anak, Tips Wanita 

les, indonesia, private, obras, guru, sekolah, belajar, yogyakarta, usaha, jogja, kursus, terbaik, batik, kaos, kebaya, jahit, baju jahit, mesin jahit, konveksi, kursus menjahit
1000 Tips Penjagaan Bayi, Tips Ibu Mengandung, Tips Inngin Hamil, Tips Penjagaan Anak, Tips Wanita 

cara buat laporan baju tidur - Anda nak bersalin normal atau bersalin secara pembedahan ???

============================================================================
40 Tips Bayi Susah tidur

Ramai juga ibu-ibu hadapi masalah anak susah tidur kan? Mesti ada sebabnya dan bagaimana cara untuk atasinya? Jom tengok dan amal sama-sama ye.

1 . Selsema tidak mengira waktu dan usia, malah bayi begitu mudah dijangkiti selsema. Sukar untuk dia tidur lena malam dan meragam akibat kesukaran untuk bernafas. Cuba beri kelegaan dengan meletakan balm pada bahagian yang tidak selesa.

2 . Ruam adalah salah satu masalah kulit yang dihadapi oleh bayi yang biasanya terjadi di sekitar punggung bayi. Kemerahan pada bahagian kulit memberi rasa pedih pada bayi. Longgarkan pemakaian lampin pakai buang atau gunakan ubat anti ruam. Kerap juga tukar lampin pada waktu malam. Bayi rasa selesa dan tidur lena.

3 . Kolik adalah masalah kembung perut yang membuatkan bayi meragam dan tidak tidur lena. tidur secara meniarao di samping sapu ubat khas di bahagian perut.

4 . Elakkan bilik dalam keadaan panas dan terlalu sejuk. Pakaikan pakaian tidur yang nipis. Bayi adakalanya terjaya waktu malam kerana kepanasan. Suhu bilik adalah terbaik untuk bayi tidur lena.

5 . Suhu badan bayi melebihi 39 darjah celcius, bayi demam dan mudah terjaga waktu malam. Berikan ubat demam dan sejukkan badannya dengan membasahkan kain dan lap seluruh anggota badannya. Pakaikan baju nipis. Jika suhu badan masih tinggi segara dapatkan rawatan doktor.

6 . Batuk membuatkan bayi mudah terjaga. Pastikan bilik tidak terlalu sejuk dan beri ubat batuk khas untuk bayi, ia membantu bayi tidur lena. Pastikan juga bilik bersih dari habuk kotoran.

7 . Gusi bengkak, tanda gigi akan tumbuh. Rasa tidak selesa, menyukarkan tidur bayi. Berikan teether tang telah disejukkan dalam peti ais. Bayi akan rasa nyaman dan ketidakselesaan makin berkurang.

8 . Jadikan waktu tidur rutin setiap hari. Bayi akan secara tidak langsung tahu akan waktu tidurnya. Dia akan tidur dengan sendirinya apabila sampai waktunya.

9 . Bilik gelap, suhu bilik dan senyap membantu bayi tidur dengan cepat. Lakukan setiap kali bayi mahu tidur. Bayi yang mendapat tidur yang cukup akan kelihatan segar dan aktif.

10. Posisi bayi tidur secara telentang mengelakan risiko sindrom kematian mengejut. Cara ini membantu bayi tidur lena.

11.Tidurkan bayi di tempat yang sama. Secara psikologinya bayi akan tahu bahawa itu adalah tempat tidurnya.

12. Elakkan bermain di tempat tidurnya. Katakan padanya disitu bukan tempat bermain. Sediakan satu tempat untuk dia bermain.

13. Nyanyikan lagu atau muzik kegemarannya dengan perlahan supaya dia dapat tidur dengan sendirinya. Jangan terlalu mendesak.

14. Secara tradisional, tungku juga boleh digunakan untuk sakit perut bayi yang boleh menganggu tidurnya. Tungku secara perlahan di sekitar perut bayi. Gunakan tungu yang kecil.

15. Ketika tidurkan bayi, dekatkan diri anda dengan bayi. Tepuk dan gosok belakangnya secara lembut.Bayi anda akan rasa selamat. Lakukan gerakan yang sama sehingga bayi anda tidur.

16. Mandikan bayi dengan air suam. Bayi akan berasa nyaman dan segar dengan haruman wangian mandian. Siapkan bayi anda, seterusnya berikan makanan berkhasiat dan susu sebelum tidur.

17. Lakukan urutan di seluruh badan bayi. Minyak zaitun atau losyen boleh digunakan. Digalakan dilakukan selepas mandi dan lakukan secara konsisten.

18. Jika bayi terjaga waktu malam, redakan tangisannya. Segara lihat lampin perlu ditukar atau bayi berasa panas atau sejuk. Jangan bercakap ataupun membuka lampu.

19. Bayi menangis dengan tiba-tiba walaupun baru setengan jam tidur. Baring bersebelahan dan pastikan ia tidur semula

20.Dukung sambil berjalan dan dodoikan akan menyelesaikan masalah bayi menagis diwaktu malam.Tetapi jangan selalu lakukan demikian.Boleh dilakukan apabila terdesak ataupun bayi demam.

21. Bau aromaterapi di seluruh bilik membuatkan rasa nyaman dan perasaan tenang pada bayi.

22. Gunakan selimut kapas yang tidak terlalu tebal untuk bayi. Selimut yang tebal membuatkan bayi berpeluh dan terjaga pada waktu malam.

23. Jika anda kaki tv pastikan bunyi tv dan muzik tidak menganggu tidur bayi. Bayi begitu sensitif pada bunyi jika ia tidak dapat tidur.

24. Jika bayi pramatang pula, baju yang berlengan panjang, seluar berkaki dan topi perlu dipakai ketika tidur. Bayi ini sangat sensitif dengan persekitarannya yang sejuk dan mudah dijangkiti penyakit.

25. Jika perlu, anda dan pasangan anda turut sama tidur bersama-sama bayi. Bau badan ibu dan bapanya membuatkan bayi tahu keadaan sekelilingnyaselamat dan usah bimbang.

26. Belajar tanda bayi mahu tidur.Selalu tanda letih seperti menggosok mata, tarik telinga dan meragam. Jika ada, segera bawa ke katil. Dia akan menjadi bartambah letih dan sukar tidur jika gagal berbuat demikian.

27. Buat mood untuk bayi faham waktu tidur hampir tiba denagn memandikannya, membaca buku, membuaikannya atau mendodoikannya.

28. Penghawa dingin yang dipasang di dalam bilik tidur dikatakan membantu bayi tidur dengan lena.

29. Bawa bayi anda ke katil waktu dia sedar dan beri masa untuk dia tidur dengan sendirinya. Selalunya antara enam sehingga lapan minggu usianya cara ini boleh digunakan.

30. Alat permainan tergantung yang berpusing juga membantu bayi tidur dengan mudah. Sesuai untuk bayi baru lahir.

31. Lalukan aktiviti permainan di atas katil secara tetap sebelum tidur. Jangan terlalu lama. Kemudian ajak bayi tidur.

32. Ubah posisi tidur bayi jika terjaga di tengah malam. Mungkin bayi sukar menggerakkan badannya lalu menangis. Pastika ia memberi keselesaan pada si manja.

33. Hiduk bayi yang tersumbat akibat selsema menggangu pernafasannya. Bantal yang tinggi diperlukan supaya hidung dapat bernafas dengan baik.

34. Tilam yang empuk yang diperbuat dari getah asli adalah pilihan yang terbaik. Ia menggalakkan bayi tidur lena.

35. Bilik yang bersih memberi kesan psikologi yang baik pada bayi.

36. Dakapan yang penuh dengan kasih sayang perlu dilakukan dengan kerap akan membuatkan bayi berasa dirinya dihargai.

37. Katil yang kuat dan selesa dan tilam khas digunakan untuk membantu bayi tidur dengan lena.

38. Galakan aktiviti di sianga hari separti barmain, bercakap atau menyaikan lagu. Ia membantu bayi tidur lebih diwaktu malam.

39. Dekorasi bilik tidurnya yang menarik juga membantu bayi suka akan tempat tidurnya.

40. Jika bayi menangis diwaktu malam dan tidur kembali mungkin ia tidak selesa dengan posisi tidurnya. Tenangkan ia sehingga ia tidur kembali.

============================================================================

7 Sebab Bayi Menangis
bayi tidak selesa
Apakah sebabnya bayi menangis?
Semua bayi menangis pada masa-masanya. Mereka perlu menangis. Bayi baru lahir yang sihat pun akan menangis juga sebanyak satu hingga tiga jam sehari. Disebabkan mereka tak dapat membuat sebarang apapun untuk diri sendiri, bayi bergantung kepada orang lain untuk memberi mereka makanan, kepanasan dan keselesaan yang mereka perlukan. Tangisan adalah cara bayi memberitahu salah satu daripada keperluan itu.

Sebagai ibu atau bapa baru, ada masanya anda mendapati sukar untuk menentukan apakah yang diperlukan bayi – adakah dia lapar, sejuk, haus, bosan atau mahu dipeluk? Di hari-hari awal, apabila anda belum lagi tahu bagainama untuk menentukan keperluan bayi anda, tangisan ini boleh membuat anda rasa bimbang. Namun begitu, lambat laun anda akan mula mengecam gaya tangisan bayi anda yang berlainan dan, setelah anda lebih mengenalinya, akan dapat mendahului keperluannya.

Semasa membesar, bayi juga akan mempelajari lain-lain cara untuk berkomunikasi dengan kita. Mereka menjadi lebih cekap menyatakan sesuatu dengan menggunakan mata, membuat bunyi-bunyian, dan juga dengan senyuman, semuanya mengurangkan keperluan untuk menangis. Sebab-sebab biasa bayi menangis disenaraikan di bawah. Jika anda mempunyai bayi yang susah untuk ditenangkan, cubalah panduan ini satu persatu. Dengan cara ini, anda akan terasa senang hati sebab anda telahpun cuba memenuhi keperluan dia seberapa banyak yang boleh.

1. Saya perlukan makanan
Kelaparan adalah sebab utama bayi baru menangis. Lebih muda bayi itu, lebih kemungkinan dia menangis sebab dia lapar. Pengecualian kepada ini ialah pada masa sehari dua selepas kelahiran, apabila bayi makan amat sedikit. Jika anda mengamalkan penyusuan badan, anda mungkin sedar akan perkara ini, sebab susu terawal kolostrum yang sangat pekat dikeluarkan dalam jumlah yang sedikit dan anda juga sedar bahawa susu “mula datang” sekitar hari ketiga. Perut bayi yang kecil tidak dapat menyimpan begitu banyak, jadi, jika bayi anda menangis, cuba berikan dia susu, sebab besar kemungkinannya dia lapar. Dia tidak akan berhenti menangis dengan serta merta, tetapi teruskan penyusuan jika dia mahu, dan dia akan mula bertenang apabila perutnya terisi. Walau bagaimanapun, jika bayi anda sudah disusukan dan dia masih menangis, mungkin dia menyatakan keperluan seterusnya.

2. Saya perlukan keselesaan
Bayi sudah tentu akan membantah jika baju mereka terlalu ketat atau jika lampin kotor mengganggu mereka. Setengah bayi tidak membantah jika lampin mereka penuh – ia cuma terasa panas dan selesa bagi mereka – manakala yang lain akan menjerit dan minta ditukarkan dengan serta merta, terutama sekali jika kulit mereka terasa jengkel. Memeriksa lampin bayi dan menukarkannya mungkin akan memenuhi keperluan dia, jadi memang elok mencuba. Ia juga memberi peluang untuk anda memeriksa yang lampinnya tidak terlalu ketat atau tiada perkara lain bersabit pakaiannya yang membuatkan dia tidak selesa.

3. Saya perlu nyaman dan selesa – tidak terlalu panas atau sejuk
Setengah bayi baru lahir tidak suka ditukarkan lampin atau dimandikan – mereka tidak biasa merasakan udara menyentuh kulit mereka dan lebih suka dibalut panas. Jika bayi anda seperti ini, anda akan cepat tahu bagaimana hendak menukarkan lampin dengan segera supaya bayi anda boleh bertenang semula. Namun begitu, berhati-hatilah supaya tidak memakaikan terlalu banyak lapis baju, sehingga dia akan terlalu panas. Satu petua ialah dengan mengingatkan yang dia memerlukan satu lapis pakaian lebih daripada anda untuk selesa.

Jika dia berada di kot atau raga pembawanya, cuba gunakan cadar atau selimut berlubang-lubang sebagai kain penutup bukan duvet untuk membolehkan anda menambah atau membuangkan satu lapisan apabila perlu. Anda boleh memeriksa samada bayi anda terlalu panas atau sejuk dengan merasa perutnya: jika dia terasa terlalu panas, buangkan satu lapisan selimut, jika dia sejuk, tambah satu. Jangan berpandu kepada suhu tangan atau kakinya, sebab adalah normal bagi kaki dan tangan terasa agak sejuk. Memang mudah untuk membeli termometer di Malaysia (kebanyakan farmasi menjualnya) dan anda boleh menggunakannya untuk mengambil suhu badan bayi anda jika kurang pasti. Kekalkan suhu di bilik bayi anda pada 24 darjah C / 75.2 darjah F, dan letakkan dia menelentang dengan kaki di hujung kot supaya dia tak boleh turun bergeliang geliut sehingga tenggelam di bawah selimut dan menjadi terlalu panas.

4. Saya perlu dipeluk
Setengah bayi sangat perlu dipeluk dan dimanjakan. Bayi yang lebih tua akan menjadi tenang jika dia boleh nampak anda dan mendengar suara anda dalam bilik, tetapi, bayi baru lebih memerlukan sentuhan fizikal untuk menjadi selesa. Jika anda telah memberi bayi makan dan menukar lampinnya, anda akan dapati bahawa sekarang dia hanya mahu dipeluk. Setengah ibu dan bapa bimbang bayi mereka akan menjadi terlalu manja jika dia didukung berlebihan, tetapi semasa bulan-bulan pertama kehidupannya, perkara ini tidak mungkin. Separuh bayi tidak perlu terlalu banyak sentuhan fizikal, manakala yang lain mahu dipeluk hampir sepanjang masa. Jika bayi anda perlu banyak didukung, anda mungkin mahu mencuba gendongan bayi, yang membenarkan bayi anda rapat dengan anda dan membebaskan tangan anda untuk menjalankan kerja lain; ini mungkin penyelesaian yang akan membuat anda berdua bahagia.

5. Saya perlukan rehat
Memang senang untuk menyangkakan yang bayi akan tertidur apabila mereka terasa nak tidur, di manapun mereka berada, sebab kebanyakan bayi berbuat demikian. Tetapi, jika bayi anda telah mendapat terlalu banyak perhatian – mungkin hari itu sibuk dan ramai pelawat datang ke rumah – dia mungkin terlalu terangsang dan mendapati sukar untuk “tutup suis” dan bertenang. Bayi baru lahir mendapati sukar untuk mengurus rangsangan yang terlalu banyak pada satu-satu masa – cahaya lampu, bunyi bising, di hulurkan dari seorang saudara tersayang kepada yang lain – hingga boleh menjadi gelisah. Ramai ibubapa mendapati bayi menangis lebih dari biasa apabila suadara mara datang melawat, atau apabila petang menjelma. Jika tidak ternampak sebab spesifik bayi anda menangis, dia mungkin cuba memberitahu anda, “Saya dah tak tahan lagi”. Jika anda bawa dia ke tempat yang tenang dan senyap, kurangkan ransangan secara perlahan, dia mungkin akan mengeskspresikan perasaannya dengan menangis sekejap sebelum betenang dan terus dapat tidur.

6. Saya perlukan sesuatu untuk membuat saya rasa lebih sejahtera
Jika anda telahpun memberi bayi makan dan memastikan dia selesa, tetapi dia masih terus menangis, anda mungkin tertanya-tanya samada dia sakit atau mengalami kesakitan. Mereka, ibubapa buat pertama kali, sering mendapati sukar untuk mengetahui samada bayi menangis sebab dia sebenarnya seorang yang bersifat sedih (separuh bayi begitu, dan mereka mengambil masa yang panjang untuk menyesuaikan diri untuk hidup di dunia) atau samada memang ada sesuatu yang tak kena. Bayi yang sakit lazimnya menangis dengan suara yang berlainan daripada tangisan biasa – ianya mungkin berbunyi cemas atau nyaring. Begitu juga dengan bayi yang sering menangis; sekiranya dia mula berdiam ini mungkin petanda yang dia kurang sihat. Yang paling penting untuk diingati ialah tiada siapa yang mengenali bayi anda seperti anda sendiri. Jika anda rasakan mungkin ada masalah tertentu, hubungilah ahli pediatrik atau doktor keluarga anda. Ahli kesihatan profesional lazimnya akan mempertimbangkan kebimbangan anda secara serius, dan anda akan merasa lebih tenang jika diberitahu tiada sebab fizikal bayi anda menangis. Anda mestilah memanggil doktor jika bayi anda mengalami kesesakan nafas apabila dia menangis, atau jika tangisan diikuti dengan:


7. Saya perlukan sesuatu … tetapi saya tak tahu apa yang saya mahu
Kadangkala anda mungkin tidak dapat menduga apakah masalahnya apabila bayi anda menangis. Ramai bayi baru lahir melalui masa-masa bilamana dia meragam dan tidak senang untuk dipujuk. Ketidak gembiraan boleh berbeza antara tangisan yang berlanjutan beberapa minit dan tidak boleh dipujuk kepada tangisan beberapa jam pada satu-satu masa, tangisan yang tak berhenti-henti yang kadangkala dikenali sebagai kembung kolik. Kolik didefinisikan sebagai tangisan yang tidak dapat ditenangkan yang berlalu selama sekurang-kurangnya tiga jam sehari, tidak kurang dari tiga hari dalam seminggu. Ramai ibubapa mendapati sukar untuk menguruskan bayi yang menghidap kolik, dan keadaan itu boleh menyebabkan ketegangan bagi seluruh keluarga. Tiada rawatan ajaib bagi kolik, tetapi keadaan itu tidak akan berlanjutan lebih dari tempoh tiga bulan. Jika anda sentiasa boleh mengingatkan bahawa keadaan bayi anda itu akan pulih apabila dia membesar, itu mungkin membantu.
================================================================================
Tags: 40 tips bayi susah tidur, 7 sebab bayi mengais, bayi menagis, bersalin melalui pembedahan, bersalin normal, bersalin tapi datang haid, cara atasi bayi menagis, kenapa ba
yi menagis, punca bayi mengais

Dengan adanya informasi yang kami sajikan tentang cara buat laporan baju tidur

, harapan kami semoga anda dapat terbantu dan menjadi sebuah rujukan anda. Atau juga anda bisa melihat referensi lain kami juga yang lain dimana tidak kalah bagusnya tentang tips menjahit untuk pemula tanpa kursus

. Sekian dan kami ucapkan terima kasih atas kunjungannya.
buka mesin jahit : http://mudah.azhaan.com/?tag=40-tips-bayi-susah-tidur

0 komentar:

Post a Comment